Let's Talk About: 'Gemuk'


Gambar atas ni post fb aku semasa aku ada di Mekah. Mungkin sebab aku penat dan ditambah pula dengan psychological challenge ni, aku memang breakdown habis. Aku menangis teruk. Sampai tengah solat pun menangis lagi. Aku rasa terhina. Aku memang tak pernah suka dengan body type aku. Yes, aku tembam sejak kecil. Dan bukannya tak pernah turunkan berat badan. Aku pernah turunkan 15kg. Masa tu memang syok, baju-baju jadi longgar, kulit jadi glowing (sebab makan benda elok kan), lelaki mula nak kawan (ini hampeh), self esteem boost gila sebab tak payah nak fikir-fikir pasal macam mana orang pandang kita kan? Tapi memang salah aku sendiri sebab aku tak kawal makan. Kata nak sihat, nak kurus, kenalah jaga makan kan? Yes salah aku. But that does not mean I like being gemuk. I know being gemuk makes it harder to do banyak aktiviti, baju yang ada saiz limited dan of course bila kadar lemak tinggi dalam badan, banyak risiko kesihatan lain pun bertambah.

I would say I need no more tazkirah on berat badan. I know a lot about it and I know it is not healthy. But you can keep your opinion to yourself sebab you do not know the struggle. Aku dah cuba dan aku tak cakap aku give up. Aku akan cuba lagi. But if you don't have anything good to say. Don't say it.
Baru-baru ni aku tengok video ni:

Stop Being Unhappy with Yourself - Nouman Ali Khan

Aku tahu kegemukan itu bukan sesuatu yang baik, tapi dalam rasa tak suka tu aku sedar aku tak bersyukur. Tak bersyukur Allah beri tubuh yang cukup sifat, walau dengan gemuk dan kulit yang tak flawfless. Aku masih dapat aktif bermain sukan walaupun gemuk. Tekanan darah dan kadar gula dalam darah aku normal. Aku kurang bersyukur. Aku sedar aku patut bersyukur dengan semua yang Allah berikan dan berusaha menjadi lebih baik. Kadang-kadang rasa perang emosi ni terlalu sukar, isu berat badan ni terlalu sensitif. Tapi aku harus tidak lupa bersyukur. Harap semua yang baca post ni pun rasa satu revelation dalam diri masing-masing.

Aku tak cakap it is okay to be gemuk. Aku cuma cakap, kita suka atau benci diri sendiri, it is there. Tapi jangan sampai kita jadi hamba yang tak bersyukur. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

No comments:

Ainul Wafa Kadir 2017. Powered by Blogger.