Travelog Umrah Wafa Part 2

Muka dak wafa sembab dan merah. You can see mata dak wafa jadi sepet there.

Bila ikut agensi, biasanya mereka akan bawa ziarah ke tempat-tempat sekitar Madinah. Kami pergi Masjid Quba'. 


Masjid Quba' merupakan masjid pertama yang dibina. Siapa yang bersuci di rumahnya kemudian pergi dan bersolat di Masjid Quba', pahalanya sama seperti menunaikan umrah (Tirmizi). Di sana kami beli kurma idaman mak. Kurma fresh, frozen, warna merah. Bila gigit bunyi krup krap dan keluar jus kurma yang sejuk. Subhanallah sedap sangat. Duduk dalam bas memang kami dok makan kurma bersulam air huhu.

\

Kemudian kami melawat ladang kurma. Masa kami di sana sedang berlaku peralihan dari musim sejuk ke musim panas. Masih sejuk-sejuk lagi rasanya. Bila kena tiup angin rasa macam berdiri depan aircond. Musim panas merupakan musim buah-buah kurma masak ranum. Masa kami pergi, baru keluar putik kurma. Minum shai (teh) free yang memang mereka letak termos di ladang tu untuk pengunjung dan masukkan kurma sejuk manis warna kuning (mereka ada gantung di pintu2, halal untuk diambil dan makan). Tempat yang sesuai dan produktif untuk nyanyi-nyanyi shooting nasyid dan berbincang penubuhan gang di ladang kurma. Tapi ramai yang kata kurma di ladang kurma agak tinggi harganya. Lebih baik beli di sekitar Masjid Nabawi. Tapi jangan lupa, belilah dengan niat untuk memakmurkan bumi Madinah.


Kemudian kami pergi ke Bukit Uhud untuk menelusuri sirah Peperangan Uhud. Mengalir air mata tatkala ustaz menceritakan senario Peperangan Uhud. Para munafik yang dipimpin oleh Abdullah bin Ubay seramai 300 orang menarik diri dalam cubaan menjatuhkan motivasi umat Muslimin ketika itu dengan kekuatan yang tinggal 700 orang sahaja untuk berhadapan dengan 3000 orang musuh. Tetapi kita juga tahu, para Muslimin itu menang bukan dengan kelebihan bilangan, tetapi dengan pertolongan Allah.

Peperangan Uhud menyaksikan bukan sahaja peperangan fizikal tetapi juga mental apabila Nabi Muhammad s.a.w turut tercedera dan khabar angin kewafatan Nabi Muhammad s.a.w tersebar. Ramai Sahabat yang syahid, termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib. Panjang Bukit Uhud lebih kurang 7km. Siapa yang solat jenazah, baginya 1 qirath, kalau ikut sehingga jenazah dikuburkan, 2 qirath. Bagaimana kiraan 1 qirath? 1 qirath bersama 1 Bukit Uhud (Muslim). Banyak kan? Di Masjid Nabawi dan Masjid Al-Haram hampir setiap waktu ada solat jenazah.
Bila ustaz ceritakan strategi peperangan sambil menunjukkan lokasi-lokasi kedudukan, seakan-akan bermain di minda Peperangan Uhud itu. Terima kasih wahai Nabi Allah dan para Sahabat. Tanpa perjuangan pahit dan getir yang kalian hadapi, mungkin tiada nikmat Iman dan Islam dapat kami rasai hari ini.
*to be continued insyaAllah..

No comments:

Ainul Wafa Kadir 2017. Powered by Blogger.