Travelog Umrah Wafa Part 1

2 hari sebelum bertolak, hari Sabtu. Baju-baju masih belum berkemas, masih bekerja, pembentangan untuk STEM-Aps. Habis sahaja pembentangan, terus drive balik Melaka. Sebab Abah nak gerak sama-sama ke KLIA. Tengah drive balik tu, kepala mula rasa sakit badan mula rasa tak sedap.

Peah cakap, kalau tak selera pun kena paksa makan jugak. Aku gurau cakap,

"Awak jangan risau bab tu haha."

Turned out, memang selera makan hilang. Pergi makan kat kedai favourite pun, tak jalan juga. Dan pesan Peah paling best. Pesan tak payah susah-susah belikan apa-apa. Dak wafa pergi pun atas belas ihsan kasih syg mak abah menanggung dia.

Sehari sebelum pergi, hari Ahad. Kepala sakit teruk, demam. Gagahkan juga siapkan luggage. Malamnya hidung berdarah banyak, sebab badan panas.

Hari berlepas, memang badan rasa sakit-sakit. Pagi tu tak larat dah. Muntah-muntah. Baring dekat kerusi. Menangis. Memang dalam hati fikir satu sahaja, mungkin Allah nak cleanse aku sebelum pergi ke sana. Sejam lagi nak check-in, muntah lagi di airport. Hampir sahaja aku cancel pergi masa tersadai kat airport, tapi tawakkal dan check in juga. Dalam kapal terbang aku tidur sahaja. Sebab takut kalau banyak jaga, macam-macam pula rasa. Makanan dalam flight pun family members lain yang habiskan. Kalau ambil gambar tu, dak Wafa mesti tengah nganga tidur haha. Dan aku bersyukur ahli keluarga semua membantu memudahkan urusan aku. Urusan ubat, air dan asam untuk loya tekak. Terima kasih daun keladi.

Kami ambil route ke Madinah dahulu sebelum Mekah. Duduk 4 hari di Madinah. Bila sampai sana, satu badan naik bintik-bintik merah. Fikir denggi ke? Kalau mati di Madinah juga satu rezeki. Tapi alhamdulillah juga tak ada apa-apa yang serius. Susunan Allah itu pastinya yang terbaik kan? Mungkin sebab Madinah sejuk sikit. Madinah tenang, orang-orangnya juga bersopan santun. Barangkali mewarisi sifat Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah. Kesihatan pun makin hari makin baik sementara di Madinah. Waktu terasa macam cepat. Tak sempat sangat nak main phone. Lagipun internet limited. Banyak tinggal kat hotel sahaja. Seronok macam tu, tak fikir sangat hal-hal lain. But we know in this life, Allah commanded us balance between here and hereafter.

We were very delighted to have Syakir (my brother) around after his departure to Madinah 6 months ago.


*to be continued insyaAllah

No comments:

Ainul Wafa Kadir 2017. Powered by Blogger.