Travelog Umrah Wafa Part 3

Part III: 


Disebabkan dak wafa pun tak ingat sangat perjalanan dia. Dia share yang mana dia ingat. Wafa got soo tanned, bila balik dari sana adik tanya kenapa tanned?
Hari bertolak ke Mekah tu rasanya hari yang paling sedih (yang kedua sedih, refer post tentang berat badan). Hari itu hari Jumaat, kami bertolak ke Mekah selepas solat Jumaat yang dijamakkan dengan solat Asar. Khutbah dalam bahasa Arab. Tapi sebab khutbah banyak guna hadith, dapat tangkap sikit-sikit. Isi utama khutbah Jumaat masa tu, tentang rahmah (kasih sayang).
Lepas solat, kami pun melangkah nak keluar dari Masjid Nabawi. Sungguhla masa tu terasa air mata panas kat pipi. Cakap kat mak,
"Mak, macam mana kalau orang rindu tempat ni?" Ayaq mata makin deraih. Peluk lengan mak. Sambil tepuk-tepuk dak wafa mak cakap,
"Doalah kita sampai lagi ke sini, InsyaAllah."
"Nanti orang dah kaya, orang bawak mak pulak ye?"
"Ameen.."


Lepas makan tengah hari, kami pun naik bas. Dari Madinah, kami bermiqat di Dzulhulayfah. Orang yang sudah dalam ihram perlu mematuhi 13 pantang larangnya. Jika tanpa sedar, cepat-cepat berhenti apabila sedar. Jangan pula buat dengan sengaja, nanti perlu bayar dam. Tapi jangan pula sampai menyusahkan. Kerana takut rambut gugur, kepala yang gatal dibiarkan tak bergaru. Garulah. Kenapa garu? Srbab gatal. Haru pula nanti tak khusyuk buat ibadah lain sebab tahan gatal.
Perjalanan kami dari Madinah ke Mekah ambil masa lebih kurang 8 jam kot? Termasuk singgah solat, rehat dan makan. Singgah di Wadi Kudaid. Makan 1 talam 5 orang. Abah, mak, kekja, aku, Syake dan adek. Ada ayam dan ikan kot? Yang paling aku ingat, cili hidup dia. Dekat rumah ada pokok cili. Selalu ambil buat ulam. Dengan yakin gigit cili dia macam biasa, lepas tu telinga rasa berdesing. Love hate relationship betul, pedas dan menyeksa tapi cinta dan suka haha. Wadi Kudaid ni air dia proses dari air laut. Bila kumur ada rasa masin-masin. Terkejut jugak mula-mula rasa. Seronok solat sana, angin kuat, sejukk je.
Bila dah nak masuk Tanah Haram tu, Ustaz Yasir (mutawwif kami) kejutkan semua bangun. Dan nampaklah kami Kota Mekah. Mekah tempatnya agak sesak dengan manusia dan kenderaan. Lain betul dari Madinah. Ustaz Yasir cakap, dalam Al Haram tak ada pelaksaan hukuman, hukuman semuanya dilakukan di luar Al Haram. Antara usaha memberikan rasa aman kepada yang datang ke Al Haram.


*to be continued insyaAllah..
**gambar semua ihsan Ain Syakirah Kadir. harapkan dak wafa, satu gambaq takdak

No comments:

Ainul Wafa Kadir 2017. Powered by Blogger.