Travelog Umrah Wafa Part 4

Dan bermulalah pengalaman umrah pertama. Disebabkan kami sampai pun dah tengah malam, umrah pertama kami dimulakan dalam pukul 1.30am waktu Tanah Haram. Aku ikut sahaja mutawwif sebab jujur aku memang tak ada previous knowledge tentang umrah, maka aku tak ada perception tentang ibadah umrah, ambil masa berapa jam and etc. Yang aku tahu, jangan buat larangan-larangan dalam berihram. Aku sempat pergi kelas umrah sekali sahaja. Itu pun faham tak faham sebab tak dapat nak bayangkan.

Di hotel kami bersiap-siap. Ada perasaan nervous. Sebab first timer kan.

family that seeks Allah together, sticks together insyaAllah
Kami bergerak ke dalam Masjid Al-Haram bersama group Andalusia. Dari hotel ke Masjid Al-Haram dalam 50 meter sahaja. Syakir, adik aku yang belajar di Madinah sudah berkali-kali mengerjakan umrah. Dia selalu mengikut kumpulan universitinya ke Mekah pada hujung minggu. Kali ini, dia turut serta dalam rombongan kami. Syakir dan abah naik ke tingkat 1 kerana kerusi roda jarang dapat masuk ke Mataf ground level. Syakir menggalas tanggungjawab menolak abah mengerjakan umrah kerana kaki abah berada dalam kondisi kurang baik.

Pertama kali nampak Kaabah, tak tahu perasaan dia. Lebih pada tak ada perasaan. Yang aku fikir masa tu, oh saiz Kaabah tak sebesar yang aku jangkakan. Kawasan tawaf pun tak seluas yang aku bayangkan bila nampak dalam tv. Mungkin sebab ada construction di sekelilingnya. Tempat tawaf dalam bahasa arab dipanggil Mataf. Maka kami pun memulakan tawaf.

masa tengah buat umrah tak boleh ambil gambar tau. ni ambil masa round2 Masjid Al-Haram
Tawaf pada waktu tu tak sesak seperti waktu siang. Agak tenang juga tawaf pagi itu, hawa pun dingin sepanjang melakukannya jadi tak rasa susah. Selesai tawaf, mutawwif memberi kami masa untuk bersolat sunat tawaf. Kemudian kami bergerak ke tempat Saie atau bahasa arabnya Masa'a. Tempat Saie sejuk, ada aircond. Syok je. Macam jogging dalam aircond haha. Tapi untuk orang lelaki mungkin terlalu sejuk dengan hanya memakai kain ihram.

peringatan lagi sekali, masa umrah tak boleh ambil gambar, ni ambil lepas tahallul dan sedang berjalan2 balik hotel
Dalam pukul 3.30am, alhamdulillah selesai ibadah umrah kami yang diakhiri dengan bertahallul. Kalau kita nak potongkan rambut orang, rambut kita kena potong dulu tau. Karang tak pasal-pasal kena dam pula. Bila dah habis, aku perasan. Aku suka ibadah umrah. Mungkin sebab dia ibadah yang sangat fizikal, jadi ia dekat dengan hati aku. Yang paling aku suka, saie. Sebab sejuk dan tak bersesak-sesak. Tapi kawan aku cakap dia tak suka, sebab lelaki tak boleh pakai benda bersarung, jadi kaki sejuk kena jalan jengket-jengket tak boleh pakai stoking. Perempuan relaks je, sebab pakai stoking. Huhu

Mak sangat bersemangat sepanjang ziarah dan umrah. Setiap waktu solat mak akan ajak pergi masjid. Sayang kalau tak pergi kan? Dekat Masjid Nabawi ganda seribu kali, dekat Masjid Al-Haram 100,000 kali ganda. Allah! Hidup seribu tahun pun belum boleh chelen gandaan-gandaan ni. Tapi berharaplah dengan rahmat Allah, agar ibadah diterima. Lepas tu, jangan dok fikir dah sembahyang banyak-banyak dekat sana, dah tak payah sembahyang. Pulak dah..

No comments:

Ainul Wafa Kadir 2017. Powered by Blogger.